Sunday, June 1, 2008
Tan Sri Robert Kuok terus mengekalkan kedudukannya mendahului individu terkaya Malaysia dalam senarai orang terkaya terbaru oleh Forbes Asia. Menurut Forbes Asia, Kuok, 84, yang memiliki banyak perniagaan, termasuk hartanah di Hong Kong dan kepentingan media dan paling ketara ialah syarikat gergasi minyak sawit Wilmar, telah berjaya meningkatkan nilai bersih asetnya daripada AS$2.4 bilion tahun lepas kepada mencecah AS$10 bilion.Masih kekal di tempat kedua ialah Ananda Krishnan yang menerajui syarikat telekomunikasi, Maxis. Tetapi kekayaannya menurun kepada AS$7.2 bilion, iaitu kurang AS$200 juta daripada tahun lepas.Individu ketiga terkaya dalam senarai ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan IOI Corporation, Tan Sri Lee Shin Cheng yang menduduki tempat keempat tahun lepas tetapi dengan melonjaknya prestasi gergasi perladangan kelapa sawit dari segi nilai, kekayaannya telah meningkat daripada AS$1.6 bilion kepada AS$5.5 bilion.Puan Sri Lee Kim Hua, balu kepada jutawan perjudian terkenal Tan Sri Lim Goh Tong yang berada di tempat ketiga tahun lepas tetapi meninggal dunia pada Oktober. Beliau dan keluarganya bernilai AS$3.4 bilion dan menduduki tempat kelima. Kim Hua adalah antara tiga wanita di dalam senarai bersama-sama dengan pengerusi Selangor Properties, Puan Sri Chong Chook Yew di tempat ke-24 (AS$245 juta), dan anakanda perempuan Sultan Perak, Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah di tempat ke-35 (AS$150 juta).Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, jutawan Melayu paling kaya, turun satu anak tangga dari tempat ketujuh ke tempat kelapan selepas nilai bersih asetnya berkurangan sebanyak AS$200 juta kepada AS$1.8 bilion. Bumiputra lain yang tersenarai ialah Tan Sri Azman Hashim (AS$700 juta), Datuk Mokhzani Mahathir (AS$285 juta), Datuk Kamarudin Meranun (AS$280 juta) dan Ahmayuddin Ahmad (AS$155 juta).Turut tersenarai ialah Datuk Nazir Tun Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB dan anak lelaki bongsu Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Nazir adalah orang terbaru yang disenaraikan dan berada di tempat ke-40 sebagai individu terakhir terkaya Malaysia dalam senarai 40 senarai terkaya Forbes Asia dengan nilai bersih AS$100 juta.Kekayaan secara kolektif kesemua 40 individu terkaya ialah AS$46 bilion, meningkat AS$3 bilion daripada tahun lepas.
Senarai 40 orang terkaya di Malaysia untuk 2008 menurut Forbes Asia:
Robert Kuok AS$ 10 billion, 84, berkahwin, 8 orang anak.Kuok Group, Pacific Carriers Ltd, Transmile Group, Wilmar International
Ananda Krishnan AS$ 7.2 billion, 70, berkahwin, 3 orang anak.Maxis Comminications, Aircel Ltd, Astro All Asia Networks
Lee Shin Cheng AS$ 5.5 billion, 69, berkahwin, 6 orang anak.IOI Group
Teh Hong Piow AS$ 3.5 billion, 78, berkahwin, 4 orang anak.Public Bank
Lee Kim Hua & family AS$ 3.4 billion, 79, janda, 6 orang anak.Genting Group
Quek Leng Chan AS$ 2.4 billion, 67, berkahwin, 3 orang anak.Hong Leong Group, Guoco Group, Rank Group
Yeoh Tiong Lay and family AS$ 2.1 billion, 78, duda, 7 orang anak.YTL Corporation
Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.8 billion, 56, berkahwin, 5 orang anak.Malaysia Mining
Corporation (MMC), Malaysia Johor Port, Malakoff, Gas Malaysia
Vincent Tan AS$ 1.3 billion, 56, berkahwin, 11 orang anak.Berjaya Group
Tiong Hiew King AS$ 1.1 billion, 78, berkahwin, 4 orang anak.Rimbunan Hijau Group, Tri-M Technologies
Azman Hashim AS$ 700 juta, 68, berkahwin, 5 orang anak.AMCorp Group, Ambank
William H. J. Cheng AS$ 660 juta, 65, berkahwin, 3 orang anak.Lion Group
Lee Swee Eng AS$ 495 juta, 52, berkahwin.KNM Group
Ong Beng Seng AS$ 470 juta, 63, berkahwin, 2 orang anak.Hotel Properties Ltd, Natsteel
Lim Kok Thay AS$ 345 juta, 56, berkahwin, 3 orang anak.Genting Group, Star Cruises. Alliance Global
Vinod Sekhar AS$ 320 juta, 40, berkahwin, 2 orang anak.Petra Group, Green Rubber Global
Lee Oi Hian AS$ 300 juta, 57, berkahwin, 4 orang anak.Kuala Lumpur Kepong, Crabtree & Evelyn
Yaw Teck Seng AS$ 295 juta, 70, berkahwin.Samling Group
Cuba kita fikirkan bagaimana mungkin mereka-mereka ini dapat memperoleh harta yang begitu banyak tanpa mengira kaum atau bangsa ? Adakah Malaysia mengamalkan sistem yang menyekat bangsa Cina dan India ? Adakah bangsa mereka ditindas , sehinggakan kebanyakkan nama diatas adalah nama- nama mereka ? Apakah ganjaran dari tolak ansur Orang Melayu yang membuka ruang dan peluang kepada bangsa-bangsa ini untuk menikmati keuntungan mereka ? Sepatutnya Kita Orang Melayu yang patut marah kerana hanya 2-3 orang sahaja yang tersenarai sebagai orang terkaya di tanah sendiri. Renungkanlah !

Subscribe to:
Posts (Atom)