BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 20, 2008


Peristiwa 19 Mei 2008 mencetuskan kegawatan pemikiran di kalangan ahli UMNO dan orang melayu secara keseluruhannya. Ramai orang mula buntu dan hilang arah dengan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan UMNO. Apakah langkah beliau harus diikuti oleh ahli-ahli lain atau tindakan beliau hanyalah seperti melepaskan batuk ditangga.

Aaaahhhhh ! ! ! Mana dia keberanian orang melayu? Mana dia semangat orang melayu ? Kata-kata' Takkan Melayu Hilang Di Dunia' bagai nak luput di telan zaman.

Takkan orang melayu tak sedar dan tak faham lagi . Sampaikan Tun sendiri telah tinggalkan UMNO untuk menyedarkan orang melayu bahawasanya selagi ada kepimpinan yg lemah nescaya UMNO dan MALAYSIA takkan ada kejayaan. Sepatutnya saat Tun menyatakan hasratnya meninggalkan UMNO , semua ahli UMNO yang faham dengan perjuangan TUN sebelum ini patut bangun dan sama-sama menyokong dan memberikan beliau semangat. Di usia beliau ini pun beliau masih punyai keberanian yang patut dicontohi. Apa lah anak - anak muda sekarang ini semuanya tak berani untuk meluahkan isi hati mereka. Yang hak tetap hak, yang benar tetap benar. Berkata benarlah walaupun ia pahit.

Sudahlah kita ini asyik bercakap sahaja . Jom kita tekad untuk tunjukkan Malaysia bahawa kita ini adalah anak-anak melayu yang berani. Semangat kita harus tinggi agar dihormati bangsa lain. Tindakan kita harus tepat dan berkesan . Kalau kita bersatu dalam apa jua tindakan kita pasti peroleh kemenangan.Perjuangan yang ikhlas tentu berakhir di puncak kejayaan.

0 Comments:

Post a Comment